22
Wed, Apr

KAPAL PASIR DIKENDALIKAN WARGA ASING DITAHAN MARITIM MALAYSIA

PELABUHAN KLANG, 4 SEPTEMBER – Sebuah kapal pasir yang dikendalikan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor di kedudukan 0.4 batu nautika tenggara jeti Sungai Kembung pada sekitar pukul 2.18 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerima aduan awam berkenaan kapal pasir itu yang bersauh di kedudukan penahanan sejak beberapa hari lalu.

Bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP EHSAN dan OP TIRIS telah diatur gerak untuk membuat pemeriksaan ke atas kapal pasir tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati, kapal itu dikendalikan oleh nahkoda berumur 36 tahun bersama seorang kru, kedua-duanya warga Indonesia dan enam kru warga China berumur di antara 30 hingga 65 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kapal itu gagal mengemukakan dokumen kebenaran untuk bersauh.

Nahkoda dan ketua jurutera berserta dokumen ditahan dan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan NG 999 untuk maklum balas segera.

 

KAPAL PASIR 2
 
KAPAL PASIR 3
 
KAPAL PASIR 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON