17
Fri, Apr

PERTAMBAHAN ASET DAN SUMBER MANUSIA ANTARA STRATEGI TANGANI ISU PENCEROBOHAN ZON MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 3 SEPTEMBER – Pertambahan aset laut dan udara serta penambahan sumber manusia dan teknologi terkini antara strategi yang dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menangani isu pencerobohan di Zon Maritim Malaysia.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, strategi berkenaan adalah langkah mitigasi yang dirancang oleh Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan sempadan perairan negara sentiasa terpelihara.

Zawawi turut memaklumkan, hasil daripada rondaan dan operasi yang dijalankan di seluruh perairan negara, Maritim Malaysia merekodkan 434 kes tangkapan vesel nelayan asing (VNA) dari tahun 2020 hingga Julai 2024 yang terdiri daripada VNA Vietnam (308), Indonesia (81), Thailand (35) dan China (10).

Ujar beliau, angka berkenaan hanya sebahagian daripada jumlah VNA yang memasuki perairan negara berikutan terdapat kekangan yang dihadapi seperti kekurangan kapal dan bot kerana perlu menjalani penyelenggaraan berjadual selain aset yang dimiliki telah uzur.

Melihat kepentingan tersebut, Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memastikan sebuah Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) yang dinamakan KM Tun Fatimah siap dibina dan beroperasi di perairan Laut China Selatan.

Di samping itu KDN telah melaksanakan perolehan empat buah helikopter bersaiz sederhana model Agusta Westland (AW) 189 untuk Agensi ini dalam mempertingkatkan lagi pemantauan udara di Zon Maritim Malaysia khususnya di kawasan sempadan perairan negara terutamanya bagi keperluan di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Simposium Keselamatan Negara 2024 yang telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail di sini petang semalam.

 

ASET PERSIDANGAN 2
 
ASET PERSIDANGAN 3
 
ASET PERSIDANGAN 4
 
ASET PERSIDANGAN 5

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON