KEMAMAN, 2 SEPTEMBER – Offshore Maritime Search and Rescue Exercise (SAREX-OMSAR 2024) bermula secara rasminya di Awana Kijal Golf & Beach Resort, Kemaman.
SAREX-OMSAR 2024 merupakan satu latihan yang dikendalikan oleh Maritim Malaysia melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuantan dengan kerjasama PETRONAS dan International Petroleum Corp. (IPC).
Fokus utama latihan ini adalah untuk menguji Prosedur Tetap (PROTAP) Mencari dan Menyelamat Maritim, Pelan Maritime Mass Rescue Operation (MMRO) dan Garis Panduan Operasi SAR di Pelantar Minyak (OMSAR Guideline) serta meningkatkan persefahaman, keupayaan untuk mengkoordinasi dan hubungan kerjasama diantara semua pihak.
Majlis pembukaan SAREX-OMSAR 2024 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri Pahang, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki.
Hari pertama dimulakan dengan sesi pengkongsian maklumat oleh agensi-agensi serta badan-badan berkaitan membabitkan akta, prosedur serta dasar pelaksanaan berkaitan kejadian, krisis dan bencana maritim.












