22
Wed, Apr

MARITIM MALAYSIA LUPUS DADAH BERNILAI RM900 RIBU

PORT DICKSON, 30 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Cenviro Sdn. Bhd berjaya melupuskan dadah seberat 373.8 kilogram bernilai lebih RM900 ribu, di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, pelupusan dadah yang terdiri dari jenis Cannabis ini dilaksanakan selepas Maritim Malaysia menerima perintah rasmi Mahkamah untuk dilucut hak setelah kes berkenaan selesai dibicarakan.

Tambah beliau, dadah-dadah tersebut adalah hasil rampasan yang dilakukan oleh bot ronda Maritim Zon Maritim Kuala Perlis pada tahun 2022.

Katanya, proses pelupusan dadah ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pembakaran melalui Incinerator yang diuruskan oleh Cenviro Sdn. Bhd.

Kaedah ini telah dipilih kerana ia merupakan salah satu cara yang selamat dan berkesan untuk memusnahkan dadah yang dirampas tanpa mencemarkan alam sekitar.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan, Encik Piyapong a/l Soom Poon, Timbalan Pengarah Keselamatan, Leftenan Maritim Thiaga Rajan a/l Ramasami, Pengurus Jualan Wilayah (Wilayah Utara) Cenviro Sdn. Bhd, Salwani Sabaruddin dan Eksekutif Jualan Teknikal Cenviro Sdn. Bhd, Fadhil Rushdan Hisammuddin.

Mohd Hashim juga berkata, proses pelupusan dadah ini telah dijalankan secara berperingkat dan teliti bagi memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat.

Beliau turut menegaskan pihak Maritim Malaysia akan meningkatkan lagi rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara khususnya di lokasi titik panas (hotspot) yang disyaki menjadi lokasi kegiatan jenayah seperti penyeludupan dadah di laut terutama yang melibatkan sempadan Malaysia-Thailand.

Terdahulu beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Cenviro Sdn. Bhd kerana menjayakan program pelupusan dadah pada kali ini.

 

LUPUS DADAH 2
 
LUPUS DADAH 3
 
LUPUS DADAH 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON