22
Wed, Apr

MARITIM MALAYSIA BANTU BAWA MANGSA ALAMI KESUKARAN BERNAFAS

MERSING, 20 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing telah melaksanakan Medical Evacuation (MEDEVAC) bagi membantu seorang kanak- kanak penduduk Pulau Aur untuk mendapatkan rawatan segera setelah disyaki mengalami masalah kesukaran bernafas pada pukul 1.45 petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Mersing telah memohon bantuan Zon Maritim Mersing untuk membawa pesakit terbabit ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan segera setelah beliau diberikan rawatan awal di Klinik Kesihatan Pulau Aur.

Beliau menambah, bot peronda Maritim Malaysia Perkasa 44 telah diatur gerak ke Pulau Aur untuk memberikan bantuan Medical Evacuation (MEDEVAC) yang turut disertai seorang Pegawai Perubatan Hospital Mersing bagi mengiringi pesakit berkenaan.

Kanak-kanak perempuan Wan Nur Atira binti Wan Muhamad Afifudin berumur dua tahun lapan bulan dipindahkan ke bot Maritim Malaysia dari Klinik Kesihatan Pulau Aur pada pukul 2.00 petang untuk dibawa ke Mersing dan tiba di Jeti Shahbandar Mersing sejam selepas itu.

Pesakit terus dibawa ke Hospital Mersing dengan menaiki ambulan untuk menerima rawatan lanjut.

Sebarang aduan dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Mersing di talian 07-7982529 / 011-53226060 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau talian kecemasan NG999 untuk tindakan segera.

 

MERSING SESAK
 
MERSING SESAK 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON