22
Wed, Apr

LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

PASIR PUTEH, 20 OGOS – Maritim Negeri Kelantan telah menahan dua buah vesel nelayan tempatan (VNT) di perairan Kelantan dalam dua kejadian berasingan.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, tangkapan masing-masing dilakukan oleh dua bot peronda milik agensi ini yang sedang melaksanakan rondaan dalam OP NAGA BARAT dan OP DAMAI dan OP TIRIS.

Jelas beliau, vesel pertama telah berjaya ditahan sekitar pukul 10.45 pagi pada 19 Ogos lalu di kedudukan lebih kurang 18.4 batu nautika ketika sedang bersauh manakala vesel kedua telah ditahan pada pukul 1.30 pagi hari ini ketika sedang leka mencandat sotong di kedudukan 28 batu nautika dari muara Tok Bali.

Hasil pemeriksaan pada bot pertama mendapati tekong gagal mengemukakan lesen vesel berkenaan ketika diminta.

Manakala pemeriksaan pada bot kedua pula mendapati bot telah melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti mencandat sotong kurang daripada jarak yang dibenarkan iaitu di kawasan bawah 30 batu nautika dari daratan terhampir.

Bot pertama menggunakan seorang kru warga Thailand berusia 60 tahun manakala bot kedua menggunakan tujuh orang kru termasuk tekong warga Vietnam berusia diantara 19 hingga 59 tahun.

Kesemua kru termasuk tekong mempunyai dokumen pengenalan diri dan pas bekerja yang sah.

Kedua-dua vesel kemudiannya diiringi ke jeti Maritim Negeri Kelantan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana gagal mengemukakan buku lesen dan melanggar syarat sah lesen.

 

VESEL KELANTAN 2
 
VESEL KELANTAN 3
 
VESEL KELANTAN 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON