23
Thu, Apr

VNT FIBER DITAHAN, 23 SET BUBU NAGA DIRAMPAS

KUALA PERLIS, 16 OGOS – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis kerana melakukan aktiviti penangkapan hasil laut tanpa lesen yang sah di kedudukan 1.94 batu nautika barat Kuala Sanglang, Perlis pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, dalam kejadian tersebut, bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis yang sedang melakukan rondaan Op AMAN di perairan Perlis telah menghampiri bot terbabit ketika sedang leka menjalankan aktiviti menangkap siput.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit berpengkalan di Kuala Perlis, Perlis sedang melakukan aktiviti menangkap siput dengan menggunakan sangkar besi yang dikemudikan seorang tekong dan tiga awak-awak warga tempatan berumur 14 hingga 50 tahun.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b) iaitu mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan, mengendali, atau membenar dikendalikan, di perairan perikanan Malaysia apa-apa vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan dengan melanggar apa-apa syarat dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel dan Seksyen 11 (3) (c) iaitu memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Dalam operasi berasingan, sebanyak 23 set bubu naga telah dirampas di kedudukan 1.4 batu nautika dari barat Pulau Ketam, Kuala Perlis, Perlis malam semalam.

Kesemua hasil tangkapan dan rampasan dianggarkan bernilai lebih RM50 ribu bersama-sama empat suspek dibawa masuk ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Maritim Malaysia meminta kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian kecemasan NG999.

 

BUBU NAGA VNT 2
 
BUBU NAGA VNT 5
 
BUBU NAGA VNT
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON