23
Thu, Apr

MARITIM MALAYSIA, AADK TAHAN LIMA NELAYAN POSITIF DADAH

KUANTAN, 16 OGOS – Maritim Negeri Pahang bersama anggota penguat kuasa dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang menahan lima nelayan dalam Operasi KILAU SAMUDERA Siri 2/2024 di sekitar kawasan Perairan Teluk Gading, Rompin pada 14 hingga 15 Ogos lalu.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab berkata, kesemua yang ditahan adalah terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan dan empat lelaki warga Indonesia didapati positif dadah jenis Methaphetamine berumur dalam lingkungan 27 hingga 47 tahun.

Semua nelayan yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan diserahkan kepada pihak AADK untuk siasatan lanjut, manakala nelayan asing yang positif diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu pelaksanaan operasi bersama ini bermula pada jam 12.00 tengah hari, Rabu lalu dan berakhir pada jam 6.00 pagi semalam di mana seramai 44 orang nelayan warga tempatan dan asing telah menjalani saringan air kencing.

Operasi kali ini bertumpu di bot-bot nelayan jeti persendirian dan kawasan sekitar muara Sungai Teluk Gading hasil maklumat risikan yang dijalankan sebelum ini.

Operasi Khas ini merupakan operasi kedua pada tahun ini melibatkan 30 pegawai dan anggota dari kedua-dua agensi menggunakan aset darat dan aset laut.

Operasi ini merupakan salah satu usaha dalam mengeratkan hubungan kerjasama di antara Maritim Malaysia dan AADK.

Diharapkan usaha sama ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan bagi memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti nelayan di samping dapat mencegah aktiviti jenayah maritim.

Masyarakat turut diseru menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan sebarang aktiviti jenayah serta insiden kecemasan di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau NG 999 untuk maklum balas segera.

 

APMM AADK PHG 
 
APMM AADK PHG 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON