23
Thu, Apr

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL, UBAH SUAI TANGKI MINYAK UNTUK MEMBAWA MUATAN LEBIH

SANDAKAN, 13 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan telah menahan sebuah vesel kargo tempatan kerana disyaki membawa barang kawalan tanpa dokumen yang sah di perairan Sandakan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain berkata, pihak Maritim Malaysia yang sedang menjalankan OP PLUTO TIMUR / OP KHAS CEGAH PATI (OCP) dan OP TIRIS telah mengesan sebuah vesel dalam keadaan mencurigakan berhampiran Pulau Berhala, Sandakan.

Hasil pemeriksaan mendapati vesel terbabit telah melakukan kesalahan kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menambah ruangan dan mengubah suai tangki simpanan minyak.

Pemeriksaan lanjut seterusnya menemui barang kawalan bersubsidi disyaki minyak diesel dianggarkan berjumlah 2200 liter di dalam tangki minyak yang telah diubah suai.

Susulan itu, dua lelaki warga tempatan berumur 40 dan 50 tahun ditahan pada pukul 9.50 pagi di kedudukan 1.2 batu nautika timur laut Pulau Berhala kerana gagal mengemukakan surat kebenaran atau dokumen yang sah untuk membawa barang kawalan tersebut.

Nilai rampasan termasuk barang kawalan dan vesel dianggarkan berjumlah lebih RM54 ribu.

Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa dokumen yang sah.

 

UBAH SUAI TANGKI 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON