23
Thu, Apr

KAPAL TANKER DITAHAN MEMBAWA 30 RIBU LITER DIESEL TANPA LESEN

LABUAN, 13 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan telah berjaya menahan sebuah kapal Tanker di kedudukan 8.6 batu nautika utara Pulau Labuan, baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Hj. Idros berkata, Kapal peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan OP SEJAHTERA 1/2022 dan OP TIRIS 3.0 telah melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kapal Tanker berwarna oren yang sedang beroperasi .

Hasil pemeriksaan, kapal tersebut dipercayai dikendalikan oleh seorang Chief Officer berumur 37 tahun dan Chief Engineer berumur 29 tahun, masing-masing warganegara Indonesia.

Kapal Tanker dengan muatan diesel sebanyak 30,000 liter disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Petroleum 1984 iaitu beroperasi tanpa bukti invois pembelian bahan bakar.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua kru kapal tersebut seramai tujuh orang disyaki memiliki dokumen yang meragukan dan ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Chief Officer dan ketua jurutera serta kru kapal tanker berserta dokumen telah ditahan dan diiring masuk ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

Izwanhadi berkata, orang ramai boleh menyalurkan informasi kelakuan jenayah di laut dengan terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau talian kecemasan NG999 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

 

PETROL XLESEN
 
PETROL XLESEN 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON