23
Thu, Apr

LANGGAR SYARAT SAH LESEN, VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

PASIR PUTEH, 2 Ogos - Maritim Negeri Kelantan menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C pada kedudukan lebih kurang 10.8 batu nautika dari Pulau Perhentian tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, tangkapan dilakukan oleh sebuah bot ronda Maritim Malaysia ketika rondaan OP NAGA BARAT dan OP DAMAI dan OP TIRIS.

Dalam kejadian itu, vesel dikesan ketika sedang menunda pukat di posisi tersebut kira-kira pada jam 11.45 pagi sebelum ditahan dan diperiksa pada jam 12.11 tengah hari.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat kru termasuk tekong warga Thailand bersama seorang kru warga tempatan berumur di antara 49 hingga 54 tahun bekerja di vesel tersebut.

Pemeriksaan lanjut mendapati vesel terbabit telah melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang dari 12 batu nautika dari daratan terhampir.

Vesel dan kesemua kru termasuk tekong kemudiannya diiring masuk ke Jeti Maritim Negeri Kelantan bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan sebanyak 3,200 kilogram untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

Maritim Malaysia menasihatkan kepada semua komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan sentiasa mengutamakan keselamatan ketika berada di laut demi kesejahteraan serta keselamatan bersama.

Sebarang maklumat berkenaan aktiviti jenayah atau insiden di laut boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian kecemasan NG999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09 – 778 0070.

 

WhatsApp Image 2024 08 06 at 11.36.13 AM
 
WhatsApp Image 2024 08 06 at 11.36.14 AM 1
 
WhatsApp Image 2024 08 06 at 11.36.14 AM 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON