23
Thu, Apr

TANGKAP BRONOK DAN SIPUT, DUA LAGI VNT FIBER DITAHAN

KUALA PERLIS, 1 OGOS – Dua buah vesel nelayan tempatan (VNT) bot fiber tanpa nombor pendaftaran ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis kerana melakukan aktiviti penangkapan hasil laut tanpa lesen yang sah di kedudukan sekitar 1.66 batu nautika barat daya pesisir pantai Kurung Tengar, Perlis dan 1.76 batu nautika dari barat daya Kuala Sanglang, Perlis pagi kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis yang sedang melakukan rondaan Op AMAN di perairan Perlis telah menghampiri bot berkenaan ketika sedang leka menjalankan aktiviti menangkap bronok dan siput.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, hasil pemeriksaan mendapati, bot terbabit berpengkalan di Kuala Perlis, Perlis sedang melakukan aktiviti menangkap bronok dan siput dengan menggunakan sangkar besi yang dikemudikan dua orang tekong dan dua awak-awak warga tempatan berumur 25 hingga 38 tahun.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (a) iaitu mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan, mengendali, atau membenar dikendalikan, di perairan perikanan Malaysia apa-apa vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan tanpa lesen yang sah dan Seksyen 11 (3) (c) iaitu memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua hasil tangkapan dan rampasan dianggarkan bernilai lebih RM30 ribu bersama-sama empat suspek dibawa masuk ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia meminta kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian NG999.

 

BRONOK PERLIS 4 
 
BRONOK PERLIS 3
 
BRONOK PERLIS 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON