23
Thu, Apr

VESEL PENANGKAPAN IKAN TEMPATAN (VNT) DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

MIRI, 28 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah menahan sebuah vesel penangkapan ikan tempatan (VNT) kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, vesel itu dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam OP PERMAI 1/2019, OP NAGA TIMUR dan OP TIRIS 3.0 di perairan Miri.

Penahanan dibuat ketika vesel itu sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan 11 batu nautika barat laut Kuala Baram, Miri.

Hasil pemeriksaan mendapati, vesel itu dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong di mana kesemuanya ialah warga Indonesia.

Hasil pemeriksaan lanjut, vesel itu disyaki telah melakukan kesalahan melanggar syarat lesen kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan kurang daripada 12 batu nautika dari pantai.

Kesemua kru ditahan manakala vesel serta peralatan menangkap ikan dirampas seterusnya diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV), Miri untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan terus memperkasakan undang-undang di perairan Sarawak menerusi operasi pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengekang perbuatan jenayah maritim.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan NG999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544 / 082-432016) untuk maklum balas segera.

 

MIRI VESEL 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON