23
Thu, Apr

NELAYAN VIETNAM JATUH LAUT DITEMUKAN BERAPUNG 16 JAM DI LAUT

KUANTAN, 25 JULAI – Seorang nelayan warga Vietnam yang dipercayai jatuh laut ditemukan berapung lebih kurang 16 jam dan diselamatkan oleh sebuah kapal tangki minyak STOLT SNELAND dalam perjalanan menuju ke Kuantan pada kedudukan lebih kurang 240 batu nautika dari Pelabuhan Kuantan, Selasa lalu.

Mangsa, Biu Anh Tuan, 42, warga Vietnam berasal dari Ho Chi Minh City telah ditemukan berapung dan diselamatkan oleh kapal tangki tersebut.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan telah menerima satu emel dari Maritime Rescue Control Centre (MRCC) Singapura berhubung penemuan mangsa setelah kapal tersebut menghubunginya untuk tindakan lanjut kira-kira pukul 10.00 malam hari berkenaan.

Pihak kapal juga telah memaklumkan kepada Maritime Rescue Control Centre (MRCC) Vietnam, walau bagaimanapun pihak MRCC Vietnam tidak dapat mengesahkan maklumat lanjut berkenaan mangsa.

Hasil perbincangan antara MRSC Kuantan dengan pihak Kedutaan Vietnam, mangsa akan dihantar ke Jabatan Imigresen Negeri Pahang untuk dokumentasi sebelum diserahkan kepada Konsulat Vietnam.

Terdahulu, kapal tangki minyak STOLT SNELAND dari Kepulauan Cayman, United Kingdom dalam perjalanan menuju ke pelabuhan Kuantan dan berlabuh kira-kira pukul 8.00 pagi hari ini.

Urusan serah terima mangsa antara kapal dan Jabatan Imigresen Negeri Pahang melalui Maritim Malaysia telah selesai lebih kurang pukul 10.20 pagi tadi untuk dihantar ke Depot Imigresen Kemayan bagi urusan lanjut.

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam menyalurkan bantuan kepada komuniti maritim setempat serta mengalu-alukan untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang melalui talian 09-5717345 atau talian kecemasan NG999 untuk maklum balas segera.

 

JATUH LAUT
 
JATUH LAUT 2
 
JATUH LAUT 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON