23
Thu, Apr

BOT TANPA NOMBOR PENDAFTARAN DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS B1 DITAHAN

LUMUT, 18 JULAI – Maritim Negeri Perak merampas sebuah bot aluminium tanpa nombor pendaftaran di kedudukan 0.1 batu nautika muara Sungai Batu Undan, Perak pada sekitar jam 10.00 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bot itu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia di sekitar perairan negeri Perak.

Bot ronda Maritim Malaysia cuba untuk memintas bot itu, namun bot berkenaan memecut laju ke arah kawasan hutan paya bakau berhampiran dan enam suspek bertindak terjun ke laut meninggalkan bot lantas melarikan diri ke paya bakau berhampiran.

Bot itu dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak mendaftarkan bot tersebut.

Dalam perkembangan lain, sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 ditahan di kedudukan 11 batu nautika barat daya Sungai Tiang, Perak pada sekitar jam 11.05 pagi semalam.

Bot terbabit dikesan ketika sedang leka melakukan aktiviti perikanan oleh bot ronda Maritim Malaysia di sekitar perairan negeri Perak.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong serta empat kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 28 dan 50 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati, tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran, Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana tidak mempunyai kelulusan penggunaaan radar dan peranti.

Kesemua nelayan ditahan, manakala bot, hasil tangkapan seberat lebih 500 kilogram dan peralatan menangkap ikan dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau talian kecemasan NG999 untuk maklum balas segera.

 

BOT TANPA NO 2
 
BOT TANPA NO 3
 
BOT TANPA NO 5
 
BOT TANPA NO 6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON