23
Thu, Apr

VESEL NELAYAN BAWA BARANG KAWALAN TANPA PERMIT YANG SAH DITAHAN MARITIM MALAYSIA

SANDAKAN, 17 JULAI – Zon Maritim Sandakan telah menahan sebuah vesel nelayan tempatan yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan di perairan Sandakan, petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain berkata, penahanan itu dibuat pada jam 1.05 petang ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan rutin telah mengesan vesel ini di kedudukan 0.8 batu nautika tenggara jeti awam Kampung Karamunting.

Hasil pemeriksaan, vesel yang didaftarkan atas lesen perikanan itu dikendalikan oleh tiga lelaki warga asing yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dalam lingkungan umur 29 hingga 57 tahun.

Pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan menemukan, minyak diesel dengan anggaran berjumlah 5,000 liter tanpa permit yang sah disimpan dalam tangki minyak yang telah diubah suai.

Pemeriksaan ke atas dokumen vesel berkenaan juga mendapati nama nakhoda tidak sama seperti dalam lesen.

Keseluruhan nilai rampasan termasuk barang kawalan dan bot dianggarkan bernilai lebih RM90 ribu.

Kesemua barang kawalan, bot beserta kru dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002, kerana telah melanggar syarat sah lesen iaitu nama nahkoda tidak sama seperti dalam lesen dan mengubahsuai struktur vessel serta di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Seksyen 21 iaitu membawa muatan minyak tanpa kebenaran.

 

VESEL SDKN 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON