23
Thu, Apr

BOT TUNDA BEROPERASI LESEN TAMAT TEMPOH DITAHAN

MIRI, 29 JUN  – Zon Maritim Miri menahan sebuah bot tunda Success 99 yang berdaftar di Miri kerana melakukan kesalahan di bawah Kaedah Bot 1953 iaitu beroperasi dengan lesen yang telah tamat tempoh.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, pada sekitar jam 4.10 petang semalam, bot tunda itu ditahan pada kedudukan 5.4 batu nautika Barat Laut Muara Sungai Miri oleh kapal peronda Maritim Malaysia ketika rutin rondaan OP PERMAI / OP NAGA TIMUR / OP TIRIS 3.0.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot tunda berkenaan telah dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga Indonesia dalam lingkungan umur 22 hingga 40 tahun.

Bot tunda serta kru diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Miri untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pesalah yang ingkar.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak 082-432544/ 082-432016 untuk maklum balas segera.

 

TUNDA TAMAT TEMPOH 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON