23
Thu, Apr

OP CARILAMAT BOT NELAYAN TENGGELAM DI TANJUNG SEGENTING DITAMATKAN

BATU PAHAT, 25 JUN – Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) hari kelima bot nelayan yang tenggelam di perairan Tanjung Segenting, Batu Pahat pada 21 Jun lalu telah menemukan satu lagi mayat mangsa di perairan Muar, Johor.

Mangsa, Lee Pong Ling, 68 telah ditemui oleh Feri MV Mulia Kencana 20 yang dalam perjalanan dari Bengkalis, Indonesia ke Muar kira-kira pukul 2.00 petang tadi dan diserahkan kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Mayat mangsa dibawa ke Jeti Jabatan Laut Muar untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian dibawa ke Hopital Pakar Sultanah Fatimah Muar bagi tindakan selanjutnya.

OP CARILAMAT hari kelima bagi mencari mangsa bot tenggelam di Tanjung Segenting ditamatkan pada petang ini memandangkan tiada petunjuk baharu bagi pencarian seorang lagi mangsa, Raud bin Darus @ Hamid, 53.

Bagaimanapun, pencarian mangsa yang hilang akan diteruskan oleh aset Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan rutin.

Sementara itu, OP CARILAMAT penumpang feri, Juli Afriko, 30 yang terjatuh laut semasa feri dalam perjalanan dari Muar menuju ke Bengkalis, Indonesia disambung hari ini.

OP CARILAMAT hari ketiga melibatkan aset dari Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkumi sektor pencarian dengan keluasan 64 batu nautika persegi.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau penemuan mangsa berkenaan boleh menghubungi talian hotline, Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07- 4344020 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999.

 

CARILAMAT BP 3 
 
CARILAMAT BP 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON