23
Thu, Apr

BOT BERSAMA SEPULUH PENUMPANG DITAHAN ATAS DUA KESALAHAN

PELABUHAN KLANG, 24 JUN – Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot penumpang di kedudukan 0.8 batu nautika barat Tanjung Harapan pada jam 12.30 tengah hari Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penahanan bot penumpang itu dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP EHSAN dan OP TIRIS di perairan Selangor.

Pemeriksaan awal mendapati bot itu dikendalikan oleh seorang nakhoda dan seorang kru bertindak mengambil 10 penumpang dari kapal dagang yang bersauh untuk di bawa ke jeti penumpang Pulau Ketam.

Pemeriksaan lanjut mendapati, nakhoda itu gagal mengemukakan sijil insuran yang sah dan membawa 50 karton rokok tanpa kebenaran.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Akta Kastam 1967 kerana membawa masuk rokok tanpa dokumen yang sah.

Bot bersama 10 penumpang yang terdiri daripada empat warga Filipina, lima warga China dan seorang warga Taiwan serta nakhoda dan kru dalam lingkungan umur 25 hingga 59 tahun ditahan manakala 50 karton rokok dirampas sebelum dibawa ke Jeti Polis Marin Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Maritim Malaysia sentiasa memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya di Perairan Selangor sentiasa terpelihara.

Sebarang aduan, maklumat serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

TAHAN KLANG 4   TAHAN KLANG 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON