23
Thu, Apr

MEDEVAC | BANTU WANITA HAMIL ALAMI KOMPLIKASI DI PULAU TIOMAN

KUANTAN, 11 JUN – Seorang wanita hamil yang mengalami komplikasi kandungan memerlukan rawatan segera di Hospital Rompin telah dibawa oleh bot ronda Maritim Negeri Pahang pada sekitar jam 9.00 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, Maritime Rescue Sub–Center (MRSC) Kuantan menerima permohonan untuk bantuan pemindahan pesakit daripada Klinik Kesihatan Kampung Tekek, Doktor Mohd Faris semalam.

Namun misi bantuan tidak dapat dilaksanakan disebabkan cuaca buruk dan laut bergelora di perairan Pulau Tioman.

Pesakit, Najwatul Aisyah binti Radzi, 27 mengalami masalah kandungan berusia 34 minggu memerlukan pemeriksaan lanjut di hospital dibawa menggunakan BOT PERKASA 1246 dari Jeti Marina Tekek, Pulau Tioman dan selamat tiba di Jeti Pos Maritim Teluk Gading lebih kurang pada jam 11 pagi tadi.

Pesakit yang diiringi suami dan seorang petugas kesihatan itu seterusnya dipindahkan menaiki ambulans sebelum dikejarkan ke Hospital Rompin untuk rawatan lanjut.

 

MEDEVAC KTN 2
 
MEDEVAC KTN
 
MEDEVAC KTN 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON