23
Thu, Apr

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

TAWAU, 5 JUN – Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari dua batu nautika dari pantai pada jam 8.15 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, bot ronda Maritim Malaysia ketika OP PLUTO TIMUR dan OP TIRIS mengesan sebuah bot nelayan sedang menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.0 batu nautika selatan Kampung Pasir Putih.

Pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit mendapati, seorang juragan bersama tiga awak-awak kesemuanya lelaki, memegang passport warga Indonesia dalam lingkungan usia di antara 31 hingga 51 tahun sedang mengendalikan bot itu dan ini melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat pada jarak yang tidak dibenarkan.

Juragan, awak-awak bersama bot serta muatan hasil laut ditahan lalu diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk di siasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Kesemua barangan termasuk bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM125 ribu.

Maritim Malaysia menerima keluhan daripada nelayan pantai yang terjejas kerana kehadiran bot pukat tunda yang didapati melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat berhampiran daratan.

Untuk rekod, ativiti menarik pukat boleh merosakkan ekosistem laut, peralatan menangkap ikan nelayan kecil dan menganggu aktiviti perikanan nelayan-nelayan tradisional di kawasan pantai.

Orang ramai turut diminta membantu pihak Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

TAWAU TARIK TEPI 2
 
TAWAU TARIK TEPI 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON