23
Thu, Apr

BOT PENUMPANG BAWA LIMA EKOR KERBAU HIDUP TANPA PERMIT DITAHAN

MIRI, 4 JUN – Zon Maritim Miri menahan sebuah bot penumpang pada kedudukan 3.1 batu nautika selatan Tanjung Perapat disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 9 (1) dan (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar (VPHO) 1999 kerana gagal mengemukakan permit pemindahan haiwan ternakan ke Sarawak awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, bot penumpang itu ditahan pada sekitar 10.45 pagi oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 di perairan Lawas.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati, bot penumpang berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong (Master) serta dua awak-awak yang kesemuanya warga tempatan.

Bot penumpang bersama kesemua kru diiring ke Jeti Pejabat Daerah Lawas sebelum diserahkan kepada Pegawai Jabatan Veterinar Sarawak untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pesalah yang ingkar.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak 082-432544/ 082-432016 untuk maklum balas segera.

 

KERBAU MIRI 2
 
KERBAU MIRI 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON