13
Sat, Jun

MARITIM NEGERI PULAU PINANG MENEMUKAN EMPAT BUNGKUSAN MENGANDUNGI HABLUR KRISTAL TERAPUNG DI LAUT

PULAU PINANG, 4 JUN – Maritim Negeri Pulau Pinang menemukan empat bungkusan hablur kristal dipercayai dadah yang terapung di laut pada kedudukan 2.5 batu nautika Barat Muka Head pada jam 12.40 pagi tadi.

Pengarahnya, Kepten Maritim Razali bin Kasim berkata, bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam rutin penguatkuasaan di kawasan itu telah menerima maklumat berhubung aktiviti penyeludupan dadah di perairan Muka Head.

Sejurus itu, bot penguat kuasa ke lokasi aduan dan mendapati sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dilihat sedang membuang beberapa bungkusan keluar dari bot ke laut.

Hasil pemeriksaan mendapati, bungkusan itu mengandungi hablur kristal yang disyaki dadah namun bot itu berjaya melarikan diri dan hilang dari radar.

Razali memaklumkan keempat-empat bungkusan itu dianggarkan bernilai RM120 ribu dan dadah berkenaan dipercayai dapat menampung 18 ribu penagih.

Mereka yang terlibat disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Razali menambah, maklumat yang diterima itu adalah daripada koordinasi OP BERSEPADU yang telah dijalankan sebelum ini.

 

DADAH PENANG

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON