PULAU PINANG, 3 JUN – Tiga buah aset laut milik kerajaan Indonesia selamat berlabuh di Pelabuhan Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) Pulau Pinang.
Ketiga-tiga aset merupakan antara aset yang bakal digerakkan bagi Operasi Patkor Optima MALINDO 31A/2024 yang bakal bermula pada esok, 4 Jun 2024.
KRI CLURIT (TNI-AL), KN BELUT LAUT (BAKAMLA) dan KP HIU 16 (PSDKP) tiba di posisi pertemuan sekitar jam 9 pagi dan diiring masuk ke Jeti SPCT oleh KM MALAWALI.
Ketibaan ketiga-tiga kapal itu disambut oleh Ketua Sekretariat bagi PATKOR OPTIMA MALINDO 31A, Kepten Maritim Nor Bakari Bin Abu Bakar bersama Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali bin Kasim.













