23
Thu, Apr

BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, LIMA AWAK-AWAK DISIASAT

SANDAKAN, 3 JUN – Sebuah bot nelayan tempatan ditahan bot ronda Zon Maritim Sandakan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen dekat sini, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain berkata, bot itu ditahan pada kedudukan 0.4 batu nautika Selatan Pulau Berhala pada jam 6.40 petang.

Hasil pemeriksaan mendapati, tekong dan dua awak-awak warga Indonesia mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah namun lima lagi awak-awak dalam lingkungan umur 18 hingga 34 tahun disyaki berbangsa Palauh mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

Kesemua suspek serta bot diiring ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kepten Maritim Muhamad Suhairy turut mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat terutamanya komuniti maritim bagi menyalurkan sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999 untuk maklum balas segera.

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON