23
Thu, Apr

ZON MARITIM TAWAU TAHAN BOT TUNDA GAGAL PERBAHARUI LESEN

TAWAU, 30 MEI – Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot tunda kerana gagal memperbaharui lesen bot yang telah tamat tempoh pada jam 10.30 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan OP PLUTO TIMUR dan OP TIRIS berjaya mengesan bot tunda itu bergerak dari Perairan Tanjung Batu menuju ke Pelabuhan Tawau.

Pemeriksaan awal ke atas bot yang ditahan di kedudukan 0.18 batu nautika selatan Pelabuhan Tawau itu mendapati, seorang juragan lelaki warga tempatan bersama dua kru bot tunda masing-masing seorang warga tempatan dan seorang warga Indonesia dalam lingkungan umur 52 hingga 55 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Hasil pemeriksaan dokumentasi mendapati lesen bot tunda itu telah tamat tempoh sejak Februari lalu.

Juragan juga memberikan alasan yang kurang munasabah dengan menyatakan beliau gagal memperbaharui lesen bot akibat sebab tertentu dan masih memilih untuk menjalankan operasi seperti kebiasaan.

Bot tunda serta kesemua kru bot seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Akta Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, kerana beroperasi ketika lesen tamat tempoh.

Nilai rampasan termasuk bot tunda itu dianggarkan sekitar RM2 juta.

Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

TAWAU LESEN
 
TAWAU LESEN 2
 
TAWAU LESEN 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON