23
Thu, Apr

US COAST GUARD PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN MARITIM MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 30 MEI – Commandant of United States Coast Guard (USCG), Admiral Linda Lee Fagan mengadakan lawatan rasmi ke negara ini dalam usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama melalui penguatkuasaan khususnya bagi membanteras aktviti jenayah rentas sempadan bermula 28 Mei sehingga hari ini.

Kunjungan ini adalah lawatan sulung Admiral Linda ke Malaysia selepas beliau dilantik sebagai Commandant USCG pada 1 Jun 2022.

Sempena rangka lawatan rasmi itu, delegasi USCG telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta pertemuan bilateral dengan Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Antara intipati perbincangan dalam pertemuan itu adalah mengenai kegiatan jenayah di perairan sempadan negara serta status pemberian kapal USCG Cutter kepada Maritim Malaysia yang bakal diterima akhir tahun ini.

Selain kunjungan hormat, delegasi USCG juga telah menganjurkan Women in Law Enforcement Forum yang turut melibatkan pegawai kanan Maritim Malaysia iaitu Laksamana Pertama Maritim Zulinda Ramly sebagai ahli panel forum itu yang diadakan di Putrajaya semalam.

 

IMG 8803   IMG 8419
     
IMG 8838   IMG 8644
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON