KUALA LUMPUR, 7 MEI - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan lawatan ke reruai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di MiTEC, hari ini.Dalam lawatan itu, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang bertugas di reruai dan sempat menandatangani buku pelawat sebagai simbolik sokongan dan tanda kehadiran ke reruai Agensi.Turut mengiringi beliau ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji Haji Ubi, barisan kepimpinan tertinggi dan Setiausaha - setiausaha Bahagian di KDN serta Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.











