KUALA LUMPUR, 6 MEI – Sejak dibuka kepada pelawat perdagangan, reruai Maritim Malaysia di DSA & NATSEC ASIA 2024 menerima kunjungan pelbagai pihak antaranya pemain industri pertahanan dan keselamatan dalam dan luar negara, media tempatan dan antarabangsa serta beberapa kenamaan termasuk Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, YBhg Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.
Rata-rata pengunjung yang hadir ke reruai Maritim Malaysia diberi penerangan terperinci oleh Pegawai - Pegawai Kanan Maritim Malaysia yang bertugas.
Selain itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi juga berkesempatan merasai pengalaman menggunakan peranti 'Virtual Reality' yang memaparkan beberapa babak sebenar operasi penguatkuasaan dan CARILAMAT Maritim Malaysia.













