04
Sat, May

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

LUMUT, 22 APRIL – Maritim Negeri Perak merampas 30 set bubu naga atau bubu kamban (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 0.7 batu nautika dari barat laut Pulau Talang pada sekitar jam 3.15 petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu ini dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika rutin rondaan dengan penemuan bendera berwarna merah serta pelampung yang diikat pada pancang kayu mencurigakan di lokasi terbabit.

Bendera serta pelampung yang mencurigakan itu kemudian dirapati untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan mendapati bendera serta pelampung yang diikat pada pancang kayu merupakan penanda kepada bubu naga yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai lebih dua ribu ringgit itu dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.

Jika sabit kesalahan, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan serta hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2024 04 22 at 1.23.44 PM   WhatsApp Image 2024 04 22 at 1.23.44 PM 1   WhatsApp Image 2024 04 22 at 1.23.45 PM   WhatsApp Image 2024 04 22 at 1.23.45 PM 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON