04
Sat, May

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

TAWAU, 22 APRIL – Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari dua batu nautika dari daratan pada jam 4.15 petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, kapal ronda Maritim Malaysia dalam OP KHAS PAGAR LAUT dan OP SEJAHTERA telah mengesan sebuah bot nelayan sedang menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.7 batu nautika barat daya Muara Sungai Merontai.

Pemeriksaan selanjutnya ke atas bot terbabit telah mendapati tiga lelaki terdiri daripada dua pemegang passport warga Indonesia dan seorang warganegara berumur di antara 42 hingga 63 tahun berada di atas bot tersebut dan didapati melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat pada jarak 1.7 batu nautika dari daratan.

Kesemua awak-awak, bot serta muatan hasil laut ditahan lalu diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana telah menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari dua batu nautika dari daratan.

Kesemua barangan termasuk bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM 117 ribu.

Shahrizan dalam pada itu menjelaskan, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan ke atas kes-kes yang melibatkan nelayan tempatan yang melanggar syarat sah lesen dengan mengambil kesempatan menarik pukat berhampiran daratan.

Ini kerana ativiti menarik pukat pada jarak yang berhampiran pantai boleh merosakkan ekosistem laut dan mengganggu aktiviti perikanan nelayan-nelayan tradisional di kawasan pantai.

Orang ramai turut diminta membantu pihak Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

TAWAU TARIK TEPI 3   TAWAU TARIK TEPI 4   TAWAU TARIK TEPI 6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON