04
Sat, May

MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

LUMUT, 21 APRIL – Maritim Negeri Perak menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan kelas B1 kerana disyaki melanggar undang-undang di kedudukan 22 batu nautika selatan Pulau Jarak, Perak dan 9.4 batu nautika barat laut Tanjung Hantu, Perak kira-kira pukul 12.00 dan 1.58 tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, kedua-dua bot terbabit dikesan ketika sedang leka melakukan aktiviti perikanan oleh pasukan operasi KM MALAWALI dan bot peronda ketika melakukan rondaan menerusi OP SAYONG, OP PINTAS, OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT di sekitar perairan negeri Perak.

Kedua-dua bot yang mencurigakan itu kemudian dirapati untuk pemeriksaan lanjut.

Selepas berjaya ditahan, pemeriksaan mendapati kedua-dua bot berkenaan dikendalikan oleh dua tekong warga Myanmar dan Thailand bersama empat kru warga Myanmar dan dua kru warga Thailand berumur dalam lingkungan 22 hingga 58 tahun berada diatas kedua-dua bot tersebut.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati, tekong dan kru warga Myanmar gagal mengemukakan dokuman pengenalan diri yang sah dan tekong bagi kedua-dua bot berkenaan gagal mengemukakan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran yang sah.

Kesemua nelayan ditahan, manakala bot, hasil tangkapan dengan anggaran 170 kilogram dan peralatan menangkap ikan dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (05-6838737) atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT DITAHAN SEL   BOT DITAHAN SEL 3   BOT DITAHAN SEL 4   BOT DITAHAN SEL 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON