04
Sat, May

WARGA ASING BEKERJA DI ATAS BOT NELAYAN SECARA HARAM DITAHAN

PELABUHAN KLANG, 21 APRIL – Sebuah bot nelayan tempatan Kelas C ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor pada tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, tangkapan itu dibuat oleh KM BAGAN DATUK pada sekitar pukul 12.15 tengah hari ketika dalam rutin operasi di kedudukan 12.5 batu nautika dari Pantai Redang Sekinchan.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh tekong dan tiga kru warga Myanmar dalam lingkungan umur 22 hingga 36 tahun.

Kesemuanya kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan permit kerja atau surat kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk berkerja di atas bot berkenaan.

Kesemua kru ditahan bersama bot dan hasil tangkapan iaitu ikan campur dianggarkan seberat 50 kilogram diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu pemilik tidak mengusahakan sendiri bot nelayan dan menggajikan warga asing tanpa kebenaran.

Kes ini juga disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan Malaysia khususnya perairan Selangor.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan serta aktiviti jenayah di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia untuk maklum balas segera.

 

WARGA ASING HARAM 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON