06
Mon, May

ROMPAK HASIL LAUT, DUA BOT NELAYAN VIETNAM DITAHAN MARITIM MALAYSIA

KUDAT, 19 APRIL - Zon Maritim Kudat berjaya menahan dua  Bot Nelayan Asing Vietnam (BNAV) sedang leka mengaut hasil laut di sekitar 5.2 dan 4.4 batu nautika timur laut Pulau Sibongor Laut, Kudat semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, kedua-dua bot terbabit berjaya dikesan aset ronda Zon Maritim Kudat ketika menjalankan rondaan OP KHAS PAGAR LAUT.

Ketika pemeriksaan mendapati, seramai 12 individu warga Vietnam dalam lingkungan umur 23 hingga 53 tahun mengendalikan kedua-dua bot berkenaan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua bot terbabit telah menemukan lebih kurang 20 kilogram balat basah, peralatan menangkap balat yang diperbuat daripada besi serta lebih kurang 600 liter minyak diesel.

Keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dianggarkan lebih kurang RM3.5 juta.

Kesemua suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1956/63.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

ROMPAK KUDAT 2   ROMPAK KUDAT 3   ROMPAK KUDAT 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON