24
Sat, Feb

MARITIM MALAYSIA SERTAI SARCOMEX BERSAMA INDONESIA AND THAILAND

PUTRAJAYA, 30 November – Maritim Malaysia melalui Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya buat pertama kalinya telah menyertai Search and Rescue Communication Exercise (SARCOMEX) melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Objektif utama eksesais ini diadakan adalah bagi memastikan ketiga-tiga negara bersedia menghadapi sebarang insiden kecemasan di laut sekiranya berlaku di sempadan ketiga-tiga negara.

Eksesais ini melibatkan latihan secara komunikasi menggunakan telefon dan emel sebagai medium utama.

Eksesais telah dilaksanakan bermula jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari tadi waktu Malaysia.

Selesai eksesais, talimat oleh Search Mission Coordinator (SMC) dan Exercise Controller (EXCON) dari ketiga-tiga negara dibuat pada jam 2.00 petang untuk melihat kembali kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di masa akan datang.

Hasil dapatan eksesais ini akan dibentangkan dalam Heads Of Asian Coast Guard Agencies Meeting ke-20 (HACGAM) yang bakal diadakan di Korea Selatan pada 2024 nanti.

 

SARCOMEX   SARCOMEX 4   SARCOMEX 5   SARCOMEX 7
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON