CEROBOH PERAIRAN NEGARA SEBUAH BOT NELAYAN ASING DITAHAN

GEORGE TOWN, 8 September – Sebuah Bot Nelayan Asing Indonesia (BNA) telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti tangkapan ikan di kawasan perairan Malaysia pada 6 September lalu.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, ketika Kapal Maritim (KM) Burau melakukan rondaan rutin di perairan Pulau Kendi, sebuah BNA yang tiada nombor pendaftaran dikesan sedang bergerak di sekitar kedudukan 37 batu nautika barat daya kawasan terbabit.

Sebaik merapat ke BNA berkenaan, pihak Maritim Malaysia telah melakukan penggeledahan serta pemeriksaan dan mendapati bot tersebut dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong merupakan warga Indonesia berumur antara 12 hingga 35 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut, pihak Maritim Malaysia turut mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kru BNA terbabit direman selama 14 hari bagi membantu siasatan. Manakala bot serta hasil tangkapan ikan telah ditahan serta dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk tindakan lanjut.

Kesalahan terbabit akan didakwa dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan atau cubaan menangkap ikan di dalam perairan Malaysia dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah.

 

PENANG BNA
 
PENANG BNA 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON