21
Thu, May

CARILAMAT | DUA MAYAT DITEMUKAN TERAPUNG DI PERAIRAN SUNGAI BESAR

PELABUHAN KLANG, 6 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor mengesahkan penemuan dua mayat terapung di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam.

Timbalan Pengarah Operasi (TPOM) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Shahrenliza Bin Ghazali berkata, pangkalan hadapan CARILAMAT (PHC) telah menerima maklumat berkaitan penemuan mayat pertama daripada komuniti nelayan pada jam 9.37 pagi.

Manakala mayat kedua ditemukan oleh sekumpulan pemancing di kedudukan 6.9 batu nautika barat daya jeti Sungai Haji Durani pada jam lebih kurang 12.05 tengah hari.

Kedua-dua mayat dibawa ke Jeti Pangkalan Nelayan Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam bagi proses bedah siasat.

Pengecaman awal yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa mengesahkan, identiti kedua-dua mayat itu ialah Kamarudin bin Che Om, 65, dan Mohd Noh bin Wah, 55, berdasarkan pakaian mangsa ketika keluar ke laut pada Selasa, 4 Julai lalu.

Untuk rekod, kedua-dua mangsa turun ke laut menaiki bot fiber bernombor pendaftaran SLS 5403 namun ahli keluarga mangsa mula menyedari kedua-duanya tidak pulang ke pangkalan dan gagal dihubungi, lokasi terakhir mangsa dilihat adalah di sekitar Muara Sungai Haji Dorani.

Operasi CARILAMAT yang diselaraskan oleh Maritim Malaysia pada hari kedua dengan menggunakan lima bot terdiri daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan turut dibantu oleh komuniti nelayan tempatan dan sebuah pesawat udara dari Pasukan Gerakan Udara.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan komuniti nelayan tempatan yang terlibat dalam operasi ini.

Orang ramai dan komuniti maritim terutamanya diingatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan cakna dengan keadaan cuaca.

Sebarang insiden kecemasan di perairan Selangor, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-321760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

CARILAMAT EDITED
 
CARILAMAT EDITED 2
 
CARILAMAT HJ DORANI 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON