23
Thu, Apr

TIGA BOT TEMPATAN KELAS C DITAHAN, LANGGAR ZON PERIKANAN

BINTULU, 1 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan tiga bot nelayan tempatan disyaki melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti perikanan di luar kawasan yang dibenarkan pada jarak lebih kurang 5.60 batu nautika dari Pantai Mukah, Sarawak sekitar pukul 11.00 pagi, Khamis lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, tangkapan dibuat berikutan aduan komuniti nelayan setempat mengenai aktiviti segelintir bot nelayan tempatan yang menceroboh kawasan pesisir pantai. Setelah risikan dilakukan, terdapat bot-bot nelayan yang bukan dari kawasan setempat telah menceroboh dan seterusnya aset Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi yang dikenalpasti.

Hasilnya ketiga-tiga bot tersebut telah ditahan ketika sedang leka menunda pukat dan melakukan aktiviti penangkapan ikan.

Pemeriksaan ke atas ketiga-tiga bot mendapati bot tersebut dikendalikan 17 kru yang mana 13 kru adalah warga tempatan termasuk tekong dan empat adalah kru warga Indonesia, yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 19 hingga 62 tahun.

Maritim Malaysia turut menyita bot, peralatan menangkap ikan jenis pukat tunda, beserta 1.5 tan ikan campur.

Kesemua kru termasuk tekong beserta bot ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan yang mana boleh dikenakan kompaun daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Manakala kru warga asing yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

 

55cb6addb6009d0555cb6addb6009d05BOTDITAHAN5   0148627f0566c15d0148627f0566c15dBOTDITAHAN6   e323118e6e863ccde323118e6e863ccdBOTDITAHAN4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON