30
Tue, Apr

25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 22 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah merampas 25 set bubu naga di posisi lebih kurang 3.1 batu nautika barat laut Tanjung Hantu, Perak pada sekitar jam 10.35 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Perak Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang melakukan rondaan OP SAYONG, OP PINTAS dan OP TIRIS, kali ini telah mengesan kewujudan bubu naga di sekitar perairan berkenaan.

Kesemua 25 set bubu naga yang ditemukan itu diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Negeri Perak untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana memasang atau menyebabkan pemasangan apa-apa belat ikan, peralatan perikanan atau peranti menggumpul ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan.

Penggunaan bubu naga secara berleluasa oleh pihak tidak bertanggungjawab di perairan Perak boleh menganggu habitat marin untuk jangka masa panjang dan sekiranya kegiatan penggunaan bubu naga ini masih diteruskan, populasi habitat marin akan terjejas.

Sebarang maklumat atau aduan mengenai salah laku seperti pemasangan bubu naga dan kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk tindakan lanjut.

 

BN PERAK

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON