23
Thu, Apr

OP JAKSA/OP TIRIS | DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, BERSAUH DI KAWASAN LARANGAN

MERSING, 11 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Zon Maritim Mersing telah menahan dua bot nelayan tempatan pada kedudukan kira-kira 0.3 batu barat Pulau Mensirip sekitar jam 12.30 tengahari semalam.

Pengarah Zon Maritim, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, dua bot nelayan tempatan kelas B itu ditahan pasukan operasi dalam rutin rondaan OP JAKSA dan OP TIRIS.

Dalam pemeriksaan yang dilakukan, kedua - dua bot itu disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu berlabuh dalam kawasan taman laut di posisi dua batu nautika dari darat dan kedua - dua bot berkenaan tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.

Pemeriksaan lanjut mendapati, tujuh kru daripada kedua -dua bot itu ialah warga tempatan berumur dalam lingkungan 26 hingga 55 tahun termasuk tekong.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen seperti yang ditetapkan.

Bot serta kru ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia tidak berkompromi dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana - mana pihak di Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan salahlaku dan insiden di laut, orang ramai boleh menghubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404 atau Pusat Operasi Zon Maritim Mersing di talian 07-7982529 untuk maklum balas segera.

 

ZMM 2
 
ZMM 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON