24
Wed, Apr

CARILAMAT | DUA NELAYAN HANYUT BERJAYA DISELAMATKAN

PELABUHAN KLANG, 4 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya membantu dengan membawa pulang dua nelayan dari bot tunda sekitar jam 2.00 petang tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, maklumat diterima dari Vesel Tracking Management System (VTMS) Lembaga Pelabuhan Klang di mana sebuah bot tunda telah menyelamatkan dua nelayan yang hanyut di sekitar perairan Kuala Langat.

Bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi sejurus menerima maklumat tersebut.

Mangsa, Asmadi bin Saiman, 60 dan Mohd Aslan bin Asmadi, 34, keluar dari Jeti Kancung Laut pada 3 Jun 2023 pada jam 5.00 petang dengan bot A SLFA 4468 sebelum ditemukan hanyut dengan memakai jaket keselamatan oleh bot tunda apabila bot mereka dilanda ribut dan karam pada 4 jun 2023 jam 3.15 pagi.

Kedua- dua nelayan yang berasal dari Kuala Langat itu telah dibawa ke Jeti Kelanang dan diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam bagi pemeriksaan kesihatan dan mangsa dimaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kepenatan.

Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai dan komuniti maritim terutamanya agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan cakna dengan keadaan cuaca.

Sebarang insiden kecemasan di perairan Selangor, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-321760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

2f0cb4a73bea9213862a08fc8d20c661WhatsAppImage2023 06 04at19.05.3428329   d5fe8821f18f262a9b944b73c4d0ea2bWhatsAppImage2023 06 04at19.05.3428129
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON