20
Sat, Apr

MARITIM MALAYSIA RAMPAS ROKOK DAN MINUMAN KERAS SELUDUP

BINTULU, 15 Mei – Bertindak atas maklumat awam dan risikan, Zon Maritim Bintulu telah melakukan rondaan di sekitar kawasan pantai Samalaju, Bintulu Sarawak bagi mengesan dan mengekang aktiviti penyeludupan barangan bercukai.

Operasi tersebut membuahkan hasil apabila anggota Zon Maritim Bintulu berjaya mengesan dan merampas 15 buah peti rokok putih pelbagai jenama dan 95 karton minuman keras.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, rampasan tersebut dilakukan pada kira-kira jam 8.00 malam semalam, setelah pemeriksaan fizikal dilakukan ke atas barangan tersebut.

Semasa dikesan, lima suspek sedang melakukan aktiviti pemunggahan barangan tersebut namun berjaya meloloskan diri dengan menggunakan dua buah kenderaan jenis pacuan empat roda yang gagal dikesan nombor pendaftarannya kerana cuaca dan keadaan laut yang bergelora menyukarkan pasukan Maritim Malaysia untuk merapat ke pantai dengan cepat dan melakukan tangkapan.

Hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM 45,250 tidak termasuk cukai. Barangan tersebut dibawa ke pejabat Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 kerana melakukan aktiviti penyeludupan.

 

SELUDUP ROKOK ARAK 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON