25
Thu, Apr

MARITIM NEGERI PERAK SELAMATKAN BOT NELAYAN ASING INDONESIA KEROSAKAN ENJIN

LUMUT, 23 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak memberikan bantuan  kepada sebuah bot nelayan asing (BNA) Indonesia pada kedudukan lebih kurang 7.7 batu nautika barat laut Pulau Pangkor pada jam 1.30 petang semalam.
 
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bot BENTENG 6 telah diatur gerak ke lokasi bagi mengesahkan aduan yang diterima berhubung terdapat sebuah bot nelayan asing dilaporkan memasuki perairan Malaysia.
 
Hasil pemeriksaan dan rondaan di lokasi berkenaan, bot BENTENG 6 menemukan sebuah bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran sedang berapung yang dipercayai mengalami kerosakan pada bahagian enjin.
 
Hasil pemeriksaan lanjut oleh pasukan operasi, bot nelayan itu membawa empat kru warga Indonesia termasuk tekong dalam keadaan keletihan berumur di antara 19 hingga 49 tahun.
 
Bot nelayan diiringi ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, Setiawan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak untuk diserahkan kepada wakil kedutaan Indonesia pada 24 Mac (Jumaat).
 
Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti nelayan agar sentiasa mengutamakan pemakaian jaket keselamatan, menyemak ramalan kaji cuaca dan memiliki ‘Personal Locator Beacon’ (PLB) sebelum melakukan aktiviti di perairan negara.
 
Sebarang maklumat mengenai aktiviti jenayah serta insiden kecemasan atau kemalangan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. 
 
WhatsApp Image 2023 03 23 at 11.58.20   WhatsApp Image 2023 03 23 at 11.58.20 1   WhatsApp Image 2023 03 23 at 11.58.21
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON