LUMUT, 8 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Majlis Pembukaan Eksesais SAMUDERA PERKASA BARAT Siri 5/22 yang telah diadakan pada jam 11.30 pagi bertempat di KD SRI INDERA SAKTI, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.Eksesais ini dilaksanakan bagi menguji tahap kesiagaan dan keupayaan serta kebolehoperasian aset TLDM dan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan negara.Majlis Pembukaan eksesais dirasmikan oleh Timbalan Panglima Armada Barat, YBhg Laksamana Pertama Farizal Myeor di KD SRI INDERA SAKTI, Pangkalan TLDM Lumut.Turut hadir sama dalam majlis upacara pembukaan ialah Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, YBhg Laksamana Pertama (M) V. Pannir Selvan a/l Veloo, Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup dan Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar a/l Vengadasalam.Eksesais ini dilaksanakan dalam beberapa fasa mulai 7 hingga 12 Ogos 2022 yang berkonsepkan Table Top Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX), di mana peserta akan melaksanakan perbincangan, perancangan dan Force Integration Training (FIT) sebelum belayar untuk melaksanakan siri latihan di laut.Aset-aset yang terlibat untuk eksesais kali ini ialah KD SRI INDERA SAKTI, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH dan pesawat FENNEC dari TLDM manakala penglibatan aset Maritim Malaysia melibatkan KM BAGAN DATUK, KM NYALAU, serta pesawat AW139.Eksesais ini juga turut menyaksikan kehadiran aset-aset sokongan daripada kedua-dua agensi seperti Fast Combat Boat dan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM serta Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia.TLDM dan Maritim Malaysia akan terus komited memanfaatkan peluang melakukan operasi bersama dalam usaha memacu kesiapsiagaan setiap anggota untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim negara setiap masa.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

