MIRI, 25 Mei – Maritim Malaysia Negeri Sarawak telah menyertai Table Top Exercise anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak dengan kerjasama PETRONAS Carigali Sdn.Bhd bagi melaksanakan Arahan MKN No.20 iaitu Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara mengikut garis panduan Offshore Maritime SAR Operation Guide selari dengan (IAMSAR Volume IV) Bencana Maritim dan MKN No.21 iaitu Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Keselamatan Awam anjuran MKN Negeri Sarawak dengan kerjasama PETRONAS Carigali Sdn.Bhd yang telah berlangsung pada 23 hingga 24 Mei yang lepas.
Latih amal ini dijalankan secara Table Top bagi menguji Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan-ERP) PETRONAS Carigali Sdn.Bhd Aset Miri selaku instalasi sasaran penting negara di Sarawak.
Latihan ini membabitkan PETRONAS Carigali Sdn.Bhd Aset Miri selaku pengeluar, pengendali, penerima dan penghantaran bahan api berupa Natural Gas dan Natural Liquid Gas, LNG di Miri, Sarawak berserta penglibatan dari pelbagai agensi persekutuan, negeri, dan pihak swasta.
Seramai 12 pegawai dan anggota Maritim Malaysia telah terlibat dengan latihan tersebut dengan diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak , Kepten Maritim Yousry bin Yaali, serta wakil pegawai dari Maritime Rescue Sub- Centre (MRSC) Kuching serta pegawai dari setiap Zon Maritim di Sarawak. Turut hadir sebagai speaker adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, Komander Maritim Dr Suzanna binti Razali Chan.
Dengan pelaksanaan latihan ini, ia secara tidak langsung ianya akan meningkatkan lagi kesiagaan semua jabatan/ agensi, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggerakkan sumber manusia, bantuan teknikal, bantuan pakar, logistik dan aset yang diperlukan serta turut menambah baik dan mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) dalaman serta SOP-SOP semua jabatan/ agensi yang terlibat di dalam sebarang pengendalian bencana di laut.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.
























.svg.png)

