22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

MARITIM MALAYSIA TERIMA PELANTIKAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) BAHARU

PUTRAJAYA, 15 April – Maritim Malaysia menerima pelantikan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) baharu berkuatkuasa pada 11 April 2022 dengan disandang oleh Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Logisitik) Maritim Malaysia ke-6.

Majlis Pelantikan dan Upacara pemakaian pangkat telah diadakan pagi ini di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya dan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som.

Datuk Saiful Lizan memulakan perkhidmatan bersama agensi ini bermula 2006 dan telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) bagi mengisi kekosongan jawatan itu setelah penyandang terdahulu Laksamana Madya Maritim Dato' Haji Abu Bakar bin Idris bersara pada 1 Januari lepas.

Sepanjang perkhidmatannya bersama Maritim Malaysia, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting di dalam Negara seperti Pegawai Khas Keselamatan Strategik kepada Timbalan Perdana Menteri (2011 – 2015), Pegawai Khas Maritim kepada Menteri Dalam Negeri (2018 – 2020) dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Malaysia (2020-2021).

Selian itu, beliau juga pernah memikul tanggungjawab dengan mengisi beberapa jawatan penting di Maritim Malaysia seperti Pengarah Maritim Negeri Kelantan (2010 – 2011), Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Maritim Selatan (2015 – 2017) dan pernah menjadi Pegawai Memerintah Kapal (KM ARAU) (2018 – 2019) serta menjadi individu utama yang bertanggungjawab membawa pulang KM Arau dari Jepun ke Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum ini ialah Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM) yang disandangnya sejak 22 Mac 2021.

Majlis juga turut menyaksikan sesi serah terima tugas jawatan Pegarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim di antara Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dengan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Hamid Bin Haji Mohd Amin.

 

 IMG 8434 min  IMG 8448 1 minIMG_8448_1-min.jpg
   
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC