KUCHING, 22 Mac - Majlis Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah Tugas Pegawai Memerintah KM Sri Aman daripada Leftenan Komander Maritim Helpan bin Yohanis kepada Leftenan Komander Maritim Md Nor bin Ismail telah berlangsung pagi tadi dengan disaksikan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Yousry bin Yaali.
Majlis itu telah diadakan secara ringkas di Jeti KOMTAS dengan kehadiran pegawai dan anggota KM Sri Aman dengan pematuhan SOP mengekang pemularan wabak Covid-19.
Leftenan Komander Maritim Md Nor bin Ismail dilantik sebagai Pegawai Memerintah KM Sri Aman berkuatkuasa pada 9 Mac 2022 bagi menggantikan Leftenan Komander Maritim Helpan bin Yohanis yang akan bertukar keluar bagi mengisi Jawatan Penolong Pengarah Kanan, Unit C3I, Seksyen Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang yang berkuatkuasa 9 Mac 2022.
Maritim Negeri Sarawak mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada Leftenan Komander Maritim Helpan bin Yohanis di atas komitmen beliau sepanjang beliau bertugas di Maritim Negeri Sarawak dengan telah memimpin KM Sri Aman ke tahap pencapaian yang cemerlang.
Leftenan Komander Md Nor bin Ismail sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah KM Mengalum dari 18 Jan 2021 hingga 9 Mac 2022. Semoga beliau akan meneruskan pencapaian yang cemerlang bersama KM Sri Aman.
Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak 082-432544/ 432006 yang beroperasi 24 jam.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.
















.svg.png)

