KUANTAN, 3 Disember – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah mengadakan sesi Sembang Teh Tarik bersama komuniti maritim di Kampung Peramu Kuantan pagi ini.
Program tersebut melibatkan enam pegawai dan anggota Maritim Negeri Pahang yang diketuai Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain bersama 20 orang komuniti nelayan tempatan sekitar Daerah Kuantan.
Antara pengisian program adalah sesi penerangan kesedaran keselamatan di laut yang bertujuan memberi peringatan dan kesedaran kepada komuniti nelayan pada fasa Monsun Timur Laut yang sedang melanda Pantai Timur.
Warga komuniti nelayan diingatkan supaya sentiasa menitikberatkan soal keselamatan di laut seperti memakai jaket keselamatan dan sentiasa peka terhadap amaran hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Program seperti ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan dalam usaha mewujudkan hubungan erat bersama komuniti maritim dan salah satu aktiviti utama adalah Preventive SAR yang menfokuskan kesedaran keselamatan di laut.
Selain itu, Maritim Malaysia menyarankan komuniti nelayan supaya memuat naik aplikasi InfoBencanaJKM. Sistem itu merupakan aplikasi utama dalam pengumpulan dan pelaporan statistik mangsa bencana terutama banjir untuk kegunaan orang ramai serta pihak berkepentingan di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dengan adanya aplikasi ini komuniti nelayan boleh membuat persiapan awal jika terdapat kawasan yang dinaiki air serta terdapat maklumat tambahan berkaitan banjir seperti mengenai paras air sungai, jalan tutup dan senarai fasiliti penyimpanan bekalan.
Dalam pertemuan itu, Persatuan komuniti nelayan turut berkongsi masalah serta keluhan yang dihadapi terutamanya melibatkan bot nelayan tempatan kelas C dan C2 yang melakukan aktiviti penangkapan di luar kawasan yang dibenarkan iaitu kurang 12 batu .
Maritim Malaysia memaklumkan kepada komuniti nelayan bahawa Maritim Malaysia mengambil maklum perkara tersebut dan sebarang kejadian yang menyalahi undang-undang akan di ambil tindakan yang sewajarnya dan menasihati warga komuniti nelayan dengan menggunakan saluran yang betul dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
![]()
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.
















.svg.png)

