KEMAMAN, 11 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Terengganu dan Zon Maritim Kemaman telah mengadakan sesi Sembang Teh Tarik di Kertih, Kemaman bersama komuniti maritim dengan kerjasama Petronas Kertih, semalam.
Program tersebut melibatkan 13 pegawai dan anggota Maritim Negeri Terengganu dan Zon Maritim Kemaman, 20 orang wakil Petronas dan 43 orang ahli Persatuan Nelayan Kertih.
Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Rashidilhadi bin Abd Rashid serta Pengurus Besar Pantai Timur Petronas Sdn Bhd, Encik Ahmad Tarmizi.
Antara pengisian program adalah sesi penerangan mengenai pelantar sebagai kawasan larangan dan tempat larangan di bawah Akta 298 dan juga perkongsian maklumat serta memupuk kesedaran keselamatan terutama ketika melaksanakan aktiviti di laut.
Taklimat keselamatan di laut telah disampaikan oleh pegawai CARILAMAT Zon Maritim Kemaman yang bertujuan memberi peringatan dan kesedaran kepada komuniti nelayan pada fasa peralihan Monsun Timur Laut yang sedang melanda Pantai Timur.
Program turut diselitkan dengan pengisian borang kaji selidik bagi mendapatkan data berkenaan permasalahan dan kekangan yang dihadapi komuniti nelayan.
Penyampaian bakul makanan kepada semua ahli persatuan nelayan yang hadir telah disempurnakan oleh wakil Petronas dan Maritim Malaysia.
Program seperti ini merupakan aktiviti tahunan yang seringkali diadakan dalam usaha mewujudkan hubungan yang erat bersama komuniti maritim dan salah satu aktiviti utama adalah Preventive SAR (Pencegahan CARILAMAT) menfokuskan kesedaran keselamatan di laut.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.













.svg.png)

