KUCHING, 16 Februari – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak, Herman Shah bin Abdullah @ Dol Ragin, di Wisma Kastam, Petra Jaya, Kuching, pagi tadi.
Kunjungan ini bertujuan bagi memperkenalkan Pengarah Maritim Negeri Sarawak kepada Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak serta membincangkan perkara berkenaan Operasi Penguatkuasaan dan Operasi Carilamat (SAR) yang dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan negeri Sarawak.
Turut dibincangkan juga berkaitan Op Benteng Laut Timur yang telah dilaksanakan bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain di perairan negeri Sarawak, terutamanya kerjasama antara JKDM dan Maritim Malaysia,Perbincangan tersebut dijangka akan meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi memperkasakan operasi penguatkuasaan di negeri Sarawak. Selain itu, turut dibincangkan adalah berkenaan jalinan kerjasama dalam penganjuran aktiviti bersama di masa akan datang.
MARITIM MALAYSIA TAMPIL KONSEP INFOTAINMENT PAMER KEHEBATAN SEMPENA DSA NATSEC 2024
PAMERAN & NATSEC ASIA 2024 BINA KETAHANAN NEGARA UNTUK GENERASI MASA DEPAN
GAGAL MAKLUM PERTUKARAN NAKHODA, DUA BOT LANGGAR SYARAT SAH LESEN DITAHAN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN
MARITIM NEGERI PERAK RAMPAS 57 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA
PERAIRAN NEGARA SELAMAT DARI ANCAMAN JENAYAH
30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
ZON MARITIM LAHAD DATU TAHAN DUA BOT NELAYAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN
PENGHARGAAN KE ATAS PENCAPAIAN ZM KUDAT
KUDAT, 4 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat telah mengadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguatkuasa Maritim Malaysia yang berlangsung di perkarangan pejabat Zon Maritim Kudat, pagi tadi.
Pada Majlis Pemakaian Pangkat berkenaan Leftenan Madya (M) Azlee bin Zainal telah dinaikan pangkat ke jawatan Leftenan Maritim. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne.
Dalam Majlis berkenaan, Pengarah Zon Maritim Kudat turut menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Pencapaian Bot Terbaik serta Ketua Bot Terbaik di Zon Maritim Kudat sepanjang suku tahun pertama 2024.
Turut disampaikan juga sumbangan kebajikan kepada anggota yang menerima kelahiran cahaya mata bagi tahun 2024.
Dalam ucapan, beliau turut menegaskan serta menyeru kepada semua warga Zon Maritim Kudat agar senantiasa patuh terhadap arahan-arahan dan SOP mengikut pekeliling semasa serta menjaga disiplin dan rupacara diri bagi menjaga nama baik dan imej Maritim Malaysia secara amnya.
Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh semua warga Zon Maritim Kudat.